Bidor: Helikopter bersama juruterbang yang terputus hubungan selepas berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang semalam ditemui selamat pagi ini. Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong memaklumkan perkara berkenaan melalui Facebook sebentar tadi. Syukur, saya baru sahaja dimaklumkan oleh CAAM bahawa juruterbang helikopter yang terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur semalam ditemui selamat di lokasi nahas sekitar Bidor jam 8.20 pagi ini.
Katanya, operasi disambung semula sejak jam 8 pagi dilakukan di kawasan Hutan Simpan Chikus dan Kampung Kenangan. Operasi SAR dilakukan dengan menumpukan pencarian di lima kilometer radius dari titik terakhir helikopter dikesan selepas terputus hubungan daripada Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KLATCC). Kita akan memberi tumpuan kepada lokasi terakhir juruterbang berkenaan terputus hubungan di sekitar Hutan Simpan Chikus dan Kampung Kenangan,” katanya kepada media di Balai Polis Bidor sini, pagi ini.
Wan Azharuddin berkata, keseluruhan sebanyak 10 anggota dan 197 anggota daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Pasukan Gerakan Am (PGA) Bidor, Jabatan Perhutanan, SMART Team Selain itu, operasi pencarian turut disertai unit dron, Pasukan Sukan Udara, Kelab Paramotor Sitiawan. Operasi pencarian turut dibantu satu helikopter daripada unit udara PDRM katanya.