Home Bahasa Malaysia Pokok tumbang: Kanak-kanak perempuan tidak sedarkan diri, ibu cedera

Pokok tumbang: Kanak-kanak perempuan tidak sedarkan diri, ibu cedera

 Kuala Lumpur: Seorang kanak-kanak perempuan lapan tahun cedera di kepala dan tulang belakang akibat terkena hentakan dahan dari sebatang pokok tumbang berhampiran Jalan Gelang Pudu, Bulatan Pudu, di sini.

Pegawai Operasi Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kuala Lumpur, Leftenan (PA) Shahrul Kamar Mohd Johari berkata, ibunya yang berusia 28 tahun mengalami patah tulang peha, terkehel dan cedera di leher.

Menurutnya, semasa kejadian kedua-dua pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) sedang berjalan bersama seorang lagi rakan berhampiran pokok itu pada jam 7.16 petang.

Ketika kejadian cuaca hujan, dan ibu menyokong anaknya yang memegang payung. Tiba-tiba sebatang pokok berhampiran tumbang dan mengenainya.

Pokok itu juga menghempap ​​beberapa buah kenderaan yang di parkir di sekitar lokasi kejadian, katanya ketika dihubungi hari ini. Shahrul Kamar berkata, mangsa kanak-kanak terbabit tidak sedarkan diri dan ditempatkan di zon resus Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi menerima rawatan lanjut.

Ibunya ditempatkan di zon kuning, manakal anaknya mengalami kecederaan tulang belakang dan kepala dipercayai akibat hentakan. Seorang lagi rakan mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan katanya.

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Exit mobile version