Home Bahasa Malaysia Budak 7 tahun jadi guru yoga termuda di dunia

Budak 7 tahun jadi guru yoga termuda di dunia

NEW DELHI: Seorang kanak-kanak perempuan dari India mencipta sejarah apabila dinobatkan sebagai pengajar yoga bertauliah paling muda di dunia. Lapor portal UPI, Praanvi Gupta berusia tujuh tahun 165 hari apabila menerima pengiktirafan Rekod Dunia Guinness sebagai pengajar yoga wanita termuda di dunia.

Kejayaan Praanvi diperakui oleh Pertubuhan Perikatan Yoga selepas berjaya menamatkan kursus latihan guru yoga selama 200 jam. Menurut laporan, Praanvi mula berlatih senaman yoga bersama ibunya ketika hanya berusia tiga tahun enam bulan.

Malah, katanya, guru yoganya turut menggalakkannya untuk meneruskan minat mengajar senaman itu dengan memulakan program latihan guru yoga. Saya mahu menyebarkan rasa cinta terhadap aktiviti yoga kepada seramai mungkin penduduk katanya.
Praanvi kerap berkongsi perjalanan senaman yoga menerusi laman YouTube, Learning with Praanvi.

Sebelum ini, seorang lagi kanak-kanak dari India, Reyansh Surani mencipta rekod selepas menjadi pengajar yoga lelaki termuda di dunia. Reyansh berusia sembilan tahun 220 hari ketika menerima pengiktirafan dari Rekod Dunia Guinness pada Julai 2021.

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Exit mobile version