Home Bahasa Malaysia Pak belang minum air tepi jalan

Pak belang minum air tepi jalan

New Delhi: Baru-baru ini, pegawai Perkhidmatan Hutan India (IFS), Parveen Kaswan berkongsi video menunjukkan seekor Harimau Benggala liar minum di lopak air di tepi lebuh raya negara itu berhampiran Perlindungan Hidupan Liar Katarniaghat, Uttar Pradesh.

Dalam video itu, orang ramai terpaksa menunggu sehingga haiwan itu selesai menghilangkan dahaganya. Video itu dimuat naik dengan kapsyen “Penghalang jalan!! Dari Katarniaghat WLS.”

ifahamkan, video itu meraih lebih 40,000 tontonan selepas lima jam ia dimuat naik di Twitter. Beberapa pengguna Twitter terpegun selepas melihat video berkenaan. Sang belang perlu dihormati, tulis seorang netizen. Senang melihat orang ramai tidak menjerit atau membunyikan hon tulis seorang lagi netizen.

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Exit mobile version