Home Bahasa Malaysia MTUC setuju wujudkan skim pesara swasta

MTUC setuju wujudkan skim pesara swasta

Petaling Jaya, Okt 4.
Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) bersetuju dengan cadangan bekas menteri sumber manusia bahawa caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) perlu dinaikkan agar skim melindungi pesara sektor swasta dapat diwujudkan.

Presiden Effendy Abdul Ghani berkata agak sukar untuk Perkeso mewujudkan skim baharu dan menambah kumpulan penerima manfaat dengan kadar caruman semasa, yang melibatkan syer pekerja (0.25%) dan majikan (1.75%) daripada jumlah gaji pekerja.Untuk kita perluaskan skim, caruman perlu dinaikkan. (Kadar sedia ada) memang sangat tak relevan,” katanya kepada FMT, mengulas gesaan M Saravanan yang mahu pekerja swasta yang berpuluh tahun mencarum layak terima manfaat Perkeso selepas usia 60 tahun.

Beliau berkata kadar syer 1.75% dan 0.25% itu tidak dinaikkan sejak 1971, sedangkan lebih 15% rakyat akan berusia 60 tahun ke atas menjelang 2030.

Caruman yang perlu dibayar bagi pekerja berumur kurang 60 tahun itu adalah untuk Skim Bencana Pekerjaan dan Skim Keilatan.

Effendy berkata MTUC terbuka untuk sebarang perbincangan bersama kerajaan dan pemegang berkepentingan agar suatu kadar wajar dapat ditentukan.

“Syer itu perlu dibincang antara kerajaan, majikan dan pekerja… tapi ia mesti dinaikkan supaya skop perlindungan dapat diperluaskan,” katanya. – Fmt

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Exit mobile version