Home Bahasa Malaysia Sekolah tutup serta-merta jika IPU lebih 200 – Kementerian Pendidikan arah

Sekolah tutup serta-merta jika IPU lebih 200 – Kementerian Pendidikan arah

Kuala Lumpur, Okt 4.
Kementerian Pendidikan mengarahkan semua sekolah di kawasan atau daerah yang merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 200, ditutup serta-merta.

Jika bacaan IPU melebihi 100 pula, pihak sekolah terbabit dikehendaki menghentikan segala aktiviti luar bilik darjah membabitkan semua murid, manakala aktiviti keramaian atau sukan di luar bangunan disarankan supaya ditangguhkan.

Selain itu, menurut kementerian pendidikan, murid dinasihatkan memakai pelitup muka serta kerap meminum air, dan pihak sekolah hendaklah merujuk mereka yang didapati tidak sihat kepada ibu, bapa atau penjaga dengan segera.

Jabatan pendidikan negeri (JPN), pejabat pendidikan daerah (PPD) dan sekolah diminta mengambil langkah pencegahan sewajarnya bagi menjaga aspek kebajikan, keselamatan serta kesihatan murid, guru dan seluruh warga sekolah. Pembukaan semula sekolah bergantung pada bacaan IPU bawah 200. Jika trend bacaan menunjukkan pengurangan IPU bawah 200, tindakan boleh diambil sebagai persediaan pembukaan semula sekolah.

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Exit mobile version