Home Bahasa Malaysia TMJ kongsi detik cemas insiden tembakan di Siam Paragon

TMJ kongsi detik cemas insiden tembakan di Siam Paragon

Orang ramai menjerit dan berlari masuk ke dalam hotel dari pusat membeli-belah apabila penembak mula melepaskan tembakan,” kata Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkongsi detik cemas dalam insiden tembakan di Siam Paragon Mall, Bangkok.

Ia sangat bising dan terdapat begitu banyak jeritan.
Kami semua sedang duduk di lobi hotel ketika itu,jelasnya.

Dalam kejadian tembakan rambang meragut dua nyawa dan mencederakan lima lagi mangsa itu, TMJ berkata fikirannya tertumpu kepada berapa ramai penembak di luar sana, apa senjata yang mereka gunakan dan apa situasinya.

“Kami membawa kanak-kanak dan keluarga ke tempat yang selamat, berlari ke ruang bawah tanah bersama pasukan saya.” kata TMJ pada hantaran di media sosial.

Mengulas lanjut Tunku Ismail berkata pasukan keselamatannya berdiri di hadapannya dan keluarga dengan membina perisai manusia untuk melindungi mereka walau apa pun berlaku.

“Apa yang difikiran saya adalah untuk membawa keluarga dan pasukan saya keluar dari tempat itu. Isteri saya memeluk anak-anak kami, menundukkan diri dan cuba menenangkan mereka kerana mereka ketakutan dan menangis.

“Saya menjerit sekuat hati kepada pasukan keselamatan kami untuk membawa kereta ke ruang bawah tanah dan membawa kami ke lokasi yang selamat jauh dari tempat tersebut.

“Saya memberitahu mereka untuk membawa kami ke Kedutaan Malaysia, dan pemandu memberitahu kami Kedutaan Singapura lebih dekat dan ketika itu saya menghubungi Konsul Jeneral Singapura di Johor,” katanya.

Tambah TMJ, masih terbayang sewaktu dia memberitahu anak-anak bahawa keadaan akan kembali baik.

“Babah dan Mama ada di sini dan menyuruh mereka tunduk sementara menunggu kenderaan tiba. Kini kami selamat berada di Kedutaan.

“Saya menghubungi perdana menteri Malaysia dan menteri pertahanan kita untuk memaklumkan apa yang berlaku. Duta besar Malaysia turut ada bersama kami.

“Setelah semuanya selamat, kami akan ke lapangan terbang dan terbang pulang ke Johor. Malangnya, saya terlepas perlawanan JDT tetapi saya bersyukur keluarga saya dan pasukan kami selamat,” jelasnya.

Tunku Ismail berkata, kejadian itu pengalaman terburuk yang pernah dilaluinya.

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Exit mobile version