Home Bahasa Malaysia Rumah meletup kerana gas

Rumah meletup kerana gas

Kuala Lumpur, Okt 7
Gegaran akibat letupan gas di sebuah kediaman di tingkat 10, Apartmen Desa Tun Razak di sini, semalam mencetuskan suasana panik.

Difahamkan, sebelum kejadian, penghuni rumah berkenaan seorang lelaki tempatan berusia 32 tahun baru pulang ke rumah dan letupan tercetus sejurus mangsa menekan suis lampu.

Saksi kejadian, Nor Leelawatiy berkata dia yang ketika itu sedang bersiap untuk tidur dalam bilik dikejutkan dengan bunyi letupan kuat dan gegaran dirasai di seluruh kediamannya.

“Saya yang ketika itu sedang duduk di bilik tiba-tiba terdengar bunyi letupan yang turut menggegarkan rumah saya.

“Dalam keadaan cemas, saya meluru keluar keranamenyangkakan berlaku gempa bumi sebelum suami memaklumkan berlaku letupan di rumah jiran hadapan,” katanya ditemui di lokasi kejadian.

Impak letupan kuat yang berpunca kebocoran gas di bahagian dapur rumah berkenaan mengakibatkan dinding konkrit di bahagian ruang tamu pecah dan sisa batu jatuh ke tingkat 1.

Penduduk, Jaya, 52, berkata, jatuhan sisa konkrit itu menyebabkan motosikal yang digunakan untuk ke tempat kerja sejak 17 tahun lalu mengalami kerosakan dan tidak dapat digunakan buat sementara waktu.

Kontraktor pembersihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) itu berkata, dia perlu membelanjakan beberapa ratus ringgit bagi membaiki kerosakan pada bahagian badan dan suis kekunci motosikal yang rosak.

Harian Metro sebelum ini melaporkan, seorang lelaki melecur teruk manakala 12 motosikal rosak dalam kejadian kebakaran sebuah rumah di Apartmen Desa Tun Razak, di sini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima pan

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Exit mobile version