Home Bahasa Malaysia Kepala tersepit pintu lif – Tinesh Kumar Maut

Kepala tersepit pintu lif – Tinesh Kumar Maut

George Town, Dis 27.
Seorang pekerja penyelenggara maut selepas kepalanya tersepit ketika menjalankan kerja menyelenggara lif di sebuah kompleks beli-belah di Jalan Burmah, di sini.

R. Tinesh Kumar, 28, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala, manakala seorang lagi pekerja penyelenggara selamat. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pulau Pinang berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.45 petang tadi dan jentera pertama dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) bergegas ke lokasi kejadian.

Sebaik tiba, pihak bomba mendapati dua lelaki, iaitu pekerja penyelenggara yang sedang menjalankan kerja penyelenggaraan lif terperangkap dalam lif, namun seorang daripadanya tersepit di bahagian kepala pada pintu lif dan dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Manakala seorang lagi berusia 53 tahun dalam keadaan selamat. Pihak bomba kemudiannya menjalankan kerja menyelamat dengan membuka pintu lif sebelum mengeluarkan mangsa, katanya ketika dihubungi.

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Exit mobile version