Home Bahasa Malaysia Isu Pangsapuri Rebana, polis nafi tak ambil tindakan

Isu Pangsapuri Rebana, polis nafi tak ambil tindakan

Petaling Jaya, Jan 24.
Polis menafikan dakwaan pihak berkuasa tidak mengambil sebarang tindakan bagi menangani masalah berkaitan dadah di kawasan Pangsapuri Rebana, Klang seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.

Ketua Polis Klang Utara, Vijaya Rao Samachulu berkata sejak setahun lalu pihak berkuasa membuat beberapa operasi membanteras aktiviti berkaitan dadah di kawasan itu membabitkan 40 kes dengan 45 tangkapan.

“Pada tahun ini sahaja sebanyak tujuh serbuan dan tangkapan dibuat oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Klang Utara ke atas penagih dan pembekal dadah di kawasan ini.

“Kita juga masih giat menjalankan operasi dan pemantauan di sekitar kawasan terbabit bagi memastikan aktiviti penyalahgunaan dan pengedaran dadah dapat dibanteras,” katanya dalam kenyataan. Sebelum ini, tular hantaran di media sosial X berkenaan luahan penduduk Pangsapuri Rebana yang tidak berpuas hati dengan pihak berkuasa kerana didakwa gagal membendung kes kes dadah di kawasan itu.

Vijay juga berkata, sehingga hari ini polis tidak menerima sebarang laporan pengadu diancam oleh pengedar atau penagih dadah di lokasi terbabit.

Tambahnya, polis memohon kerjasama daripada orang ramai untuk salurkan sebarang maklumat ke balai polis berdekatan atau IPD Klang Utara berkaitan aktiviti jenayah.

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Exit mobile version