Home Bahasa Malaysia Majikan beri bantuan sebulan gaji – PM digesah arah

Majikan beri bantuan sebulan gaji – PM digesah arah

Shah Alam, Feb 19.
Persatuan Khidmat Nasihat Pencarum Perlindungan Sosial Malaysia (SPCAAM) menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengarahkan kesemua majikan di Malaysia untuk memberi bantuan sebulan gaji sebagai persediaan hari perayaan.

Presidennya, J. Solomon berkata, pemberian berkenaan akan memperkasakan pekerja golongan kumpulan berpendapatan rendah (B40) dan sederhana (M40) dalam meraikan sambutan serta mengukuhkan ikatan kekeluargaan merentasi pelbagai agama bagi memaparkan kekayaan sebenar Malaysia.

“Memandangkan kos sara hidup semakin tinggi pada 2024, ditambah pula dengan peningkatan keuntungan dinikmati pihak majikan, penarikan bantuan perayaan jelas sesuatu yang tidak dapat dijustifikasikan.

“Kita mesti melindungi hak pekerja untuk kehidupan memuaskan, yang turut termasuk menyambut kekayaan budaya kita tanpa bebanan kewangan,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Exit mobile version