Home Bahasa Malaysia Jongkong emas RM6 juta -,Bekas pegawai bank hadapi 80 pertuduhan

Jongkong emas RM6 juta -,Bekas pegawai bank hadapi 80 pertuduhan

Kuala Lumpur, Mac.
Seorang bekas pengurus perhubungan pelanggan sebuah bank antarabangsa didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas 80 pertuduhan pecah amanah, salah guna harta, pemalsuan dokumen dan menipu berkait 155 jongkong emas bernilai lebih RM6 juta milik pelanggan.

Mohd Saibulrijal Mohd Saad, 46, didakwa di hadapan Hakim Azrul Darus mengikut beberapa peruntukan di bawah Kanun Keseksaan melakukan jenayah itu antara 2020 hingga 2021.

Bagi 26 pertuduhan menipu, dia yang belum berkahwin, didakwa menipu beberapa pegawai bank berkenaan dengan memperdaya mereka untuk mempercayai beberapa pelanggan hendak mengeluarkan dan membeli 155 jongkong emas.

Emas dengan berat berbeza-beza itu didakwa mahu dikeluarkan dan dibeli menggunakan borang Gold Safe Keeping Service Withdrawal

 Form yang dikatakan ditandatangani pelanggan. Semua kesalahan itu dilakukan di sebuah bank cawangan Bangsar, di sini, antara jam 2 petang hingga 4.30 petang 14 Julai 2020 hingga 27 Ogos 2021.

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Exit mobile version