Home Bahasa Malaysia 8.79 juta sudah mendaftar PADU

8.79 juta sudah mendaftar PADU

Kuala Lumpur, Mac.
Sejumlah 8.79 juta orang sudah mengemaskini maklumat individu masing-masing dalam sistem Pangkalan Data Utama (PADU).

Perkara itu dimaklumkan Kementerian Ekonomi berdasarkan rekod sehingga jam 11.59 malam tadi ketika tempoh untuk mengemaskini PADU berbaki empat hari sahaja lagi.

“Rekod pengemaskinian maklumat individu sehingga jam 11.59 malam tadi mencapai 8.79 juta orang daripada 30.08 juta rekod individu dalam sistem PADU berdasarkan sumber data pentadbiran.

“Terima kasih diucapkan kepada rakyat Malaysia yang telah mengemaskini maklumat dalam sistem PADU,” katanya melalui Facebook.

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Exit mobile version