Home Bahasa Malaysia BSN DAN MESINKIRA BEKERJASAMA UNTUK MEMPERKASAKAN PMKS SECARA DIGITAL

BSN DAN MESINKIRA BEKERJASAMA UNTUK MEMPERKASAKAN PMKS SECARA DIGITAL

Kuala Lumpur,

Bagi meneruskan komitmen dalam membantu perkembangan usahawan mikro, BSN kini bekerjasama dengan Mesinkira, sebuah syarikat tempatan yang khusus dalam memperkasa perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) melalui literasi kewangan dan penyelesaian digital. Kerjasama ini menandakan langkah penting dalam memajukan transformasi digital PMKS dan mempromosikan rangkuman kewangan di Malaysia.

Melalui aplikasi Mesinkira, yang merupakan sistem sokongan operasi runcit dibangunkan bagi meningkatkan kemampuan PMKS dalam menguruskan penyimpanan rekod jualan dengan lebih tepat dan amalan pengurusan lebih teratur. Melalui penggunaan penyelesaian digital dinamik, Mesinkira komited untuk melengkapi PMKS dengan kemahiran pengurusan perniagaan digital bagi mengemudi landskap perniagaan yang sentiasa berubah.

BSN berbesar hati untuk bekerjasama dengan Mesinkira bagi menyokong transformasi digital pelanggan dan mempromosikan literasi kewangan dalam kalangan usahawan Mikro BSN. Melalui kerjasama ini, BSN berharap dapat menyediakan akses kepada penyelesaian digital inovatif, latihan dan alat analitik untuk membantu PMKS berkembang dalam pasaran yang kompetitif pada hari ini.

Melalui kerjasama ini, BSN dan Mesinkira berusaha untuk membantu peniaga mikro dalam mendigitalisasikan aspek penting operasi perniagaan mereka melalui penambahbaikan kecekapan dan produktiviti. Selain itu, kerjasama ini bertujuan untuk membolehkan analisis papan pemuka (dashboard) yang lebih baik diberikan kepada usahawan mikro/penjaja. Melalui papan pemuka ini, BSN akan dapat memantau kemajuan prestasi perniagaan usahawan mikro secara konsisten. Platform ini menyediakan maklumat yang lebih jelas dan menyeluruh mengenai rekod penjualan para peniaga. Melalui ciri-ciri data interaktif seperti laporan analisis penjualan, bank dapat menilai trend penjualan harian dan seterusnya membimbing dan menggalakkan usahawan melalui program pembangunan Usahawan BSN Mikro Komuniti. Tambahan pula, papan pemuka memudahkan penyusunan produk kewangan yang disesuaikan untuk peniaga atau peminjam individu, mengambil data dari aplikasi MesinKira untuk meningkatkan tawaran perbankan secara berkesan.

“Memperkasa peniaga mikro dan penjaja melalui digitalisasi tidak hanya melibatkan pembaharuan proses, ia juga berkaitan pendedahan awal buat golongan ini kepada keperluan digitalisasi untuk menavigasi landskap perniagaan yang sentiasa berubah,” kata Syed Omar Almohdzar, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Mesinkira.

“Melalui kerjasama dengan BSN, ia bukan sekadar menyelaraskan operasi perniagaan, malah juga bertujuan meningkatkan keupayaan setiap perusahaan mikro ini seterusnya meningkatkan kelayakan kredit mereka,” ujar beliau lagi.

BSN akan sentiasa memainkan peranan dalam memberikan pendedahan kepada segmen sasaran mengenai kepentingan digitalisasi perniagaan dan meningkatkan pengetahuan digital melalui pelbagai program usahasama dengan rakan-rakan strategik. Ini adalah bagi memastikan peniaga mikro menerima sokongan berterusan dan akses kepada bantuan untuk berkembang dalam ekonomi yang serba digital.

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Exit mobile version