Home Bahasa Malaysia 2 bank diminta beri penjelasan kerana perkhidmatan terganggu,

2 bank diminta beri penjelasan kerana perkhidmatan terganggu,

Kuala Lumpur, Apr.
Bank Negara (BNM) meminta dua bank yang mengalami gangguan perkhidmatan baru-baru ini untuk memberikan penjelasan tentang punca yang menyebabkan insiden gangguan itu.

Bank pusat dalam kenyataan berkata kedua-dua bank juga perlu memberikan langkah-langkah pembetulan dan pencegahan yang dilaksanakan bagi mengelakkan isu yang sama berulang.

Menurutnya, BNM memandang serius gangguan perkhidmatan perbankan oleh dua institusi perbankan terbesar negara baru-baru ini yang telah mengakibatkan kesulitan pada pelanggan.

Bank pusat berkata ia menghendaki semua institusi perbankan untuk memastikan tahap ketersediaan perkhidmatan perbankan yang kukuh pada setiap masa.

“BNM akan mempertimbangkan tindakan penyeliaan atas bank-bank yang tidak memenuhi kehendak pengawalan dan penyeliaan,” katanya.

Pada 4.14 petang, 8 April, CIMB Group Holdings Bhd menerusi hantaran dalam di X berkata, bank itu mengalami gangguan perkhidmatan berkala melibatkan CIMB Clicks, CIMB OCTO, FPX, MyDebit, Terminal Kredit dan Layan Diri.

Pada 7.10 malam hari yang sama, bank itu mengumumkan semua perkhidmatannya kembali pulih.

Sementara itu, Maybank dalam satu hantaran di X hari ini memaklumkan ia mengalami gangguan yang menjejaskan perkhidmatan kad debit, perbankan dalam talian dan ATM sekitar 9.20 malam 5 April.

Maybank berkata perkhidmatan yang terjejas itu kembali beroperasi seperti biasa secara berperingkat dan pulih sepenuhnya pada 11.34 malam hari yang sama.

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Exit mobile version