Home Bahasa Malaysia Lori sampah rempuh 14 kenderaan

Lori sampah rempuh 14 kenderaan

Klang, Apr.
Sebuah lori sampah dipercayai mengalami masalah brek telah merempuh 14 kenderaan di persimpangan lampu isyarat dekat Lebuhraya Persekutuan dan Lebuhraya Shapadu di sini pada Selasa.

Ketika kejadian, difahamkan lori berkenaan dari arah Shah Alam menuju ke Kapar.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 1.30 petang melibatkan lori sampah dipandu seorang lelaki tempatan berumur 41 tahun dan 14 kenderaan lain.

“Ketika kejadian, kesemua kenderaan itu dipercayai sedang menunggu lampu isyarat sebelum dirempuh lori sampah terbabit.

“Siasatan dijalankan mendapati, pemandu berkenaan mendakwa lori sampah dipandunya mengalami masalah brek.

“Lori berkenaan akan dihantar ke Puspakom untuk diperiksa,” katanya menerusi kenyataan pada Rabu.

Katanya, lelaki terbabit dan kesemua pemandu dan penumpang 14 kenderaan terlibat bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Ujian saringan dijalankan terhadap pemandu lori sampah itu mendapati dia bebas daripada sebarang pengaruh dadah.

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Exit mobile version