Home Bahasa Malaysia Lelaki langgar mati tiga warga Pakistan mengaku ambil dadah

Lelaki langgar mati tiga warga Pakistan mengaku ambil dadah

Teluk Intan, Apr.
Pemandu Proton Saga yang melanggar mati tiga lelaki warga Pakistan dalam perjalanan menunaikan solat sunat Aidilfitri, Rabu lalu, yang didakwa di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini, mengaku bersalah atas tuduhan mengambil dadah.

Tertuduh, Mohd Azizol Abdul Rasheed, 36, membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret T. Ashvinii.

Berdasarkan pertuduhan, pembantu kedai makan itu didakwa memasukkan dadah berbahaya jenis tetrahydro-cannabinol (THC) dan dituduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (pindaan 2003) yang dibaca bersama Seksyen 38b (1) akta yang sama.

Tertuduh boleh dikenakan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum dua tahun, jika sabit kesalahan.

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Exit mobile version