Home Bahasa Malaysia Boikot: Jangan melampau batas akhlak

Boikot: Jangan melampau batas akhlak

Kuala Lumpur, Apr.
Jangan melampaui batas akhlak dan bertindak mengikut undang-undang dalam memboikot barangan dikaitkan dengan Israel, pesan Mufti Wilayah Persekutuan Luqman Abdullah.

Katanya, boikot adalah pilihan setiap pengguna dan ia tidak boleh dipaksa kerana masing-masing ada perkiraan berasaskan penilaian serta pembacaan terhadap maklumat dan fakta.“Masyarakat dinasihatkan menjaga akhlak dan adab dalam semua tindakan,” katanya kepada FMT.

Beliau mengulas beberapa video dan hantaran tular yang melabel individu membeli makanan di rangkaian restoran makanan segera seperti KFC dan McDonald’s sebagai “anjing”. Video dikongsikan di media sosial itu menunjukkan orang ramai “menyerbu” premis berkenaan pada sambutan Aidilfitri lalu.

Selain itu, berlaku provokasi dan ugutan terhadap pelanggan McDonald’s di Sungai Isap, Kuantan, dan lima suspek ditahan sehingga kini berhubung kejadian itu.

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Exit mobile version