Home Bahasa Malaysia Ugut pelanggan McDonald’s 5 orang ditahan

Ugut pelanggan McDonald’s 5 orang ditahan

Kuala Lumpur, Apr 16.
Polis menahan lima suspek yang didakwa melakukan provokasi dan ugutan terhadap pelanggan McDonald’s di Sungai Isap, Kuantan, baru-baru ini.

Ketua Polis Kuantan, Wan Mohd Zahari Wan Busu, berkata semua suspek ditahan kelmarin dan akan direman hingga Rabu ini. Beliau berkata, suspek terbabit berusia antara 27 hingga 40 tahun.

“Lima suspek ini merupakan lelaki tempatan dan disiasat bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan,” katanya kepada FMT. Semalam, Wan Zahari dilaporkan berkata pihaknya giat mengesan suspek selepas laporan polis dibuat seorang lelaki berumur 40 tahun.

Katanya, berdasarkan laporan dalam kejadian, beberapa lelaki yang berkempen memboikot restoran McDonald’s memanggil pengadu dan mengeluarkan kata-kata kesat serta melakukan provokasi terhadapnya.

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Exit mobile version