Home Bahasa Malaysia Pengasas PBRS Joseph Kurup meninggal dunia

Pengasas PBRS Joseph Kurup meninggal dunia

Kuala Lumpur,Apr.
Pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Joseph Kurup meninggal dunia  pada usia 79 tahun.

Bekas timbalan ketua menteri Sabah bersara daripada politik Januari tahun lalu selepas memegang jawatan presiden PBRS sejak penubuhan parti itu.

Beliau digantikan anaknya, Arthur, yang juga timbalan presiden PBRS merangkap Ahli Parlimen Pensiangan.

Bekas menteri persekutuan itu juga adalah ahli pengasas Parti Bersatu Sabah (PBS) sebelum menubuhkan PBRS pada Mac 1994, seterusnya menjadi komponen Barisan Nasional.Difahamkan, Kurup tidak sihat sejak sekian lama. Beliau meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur.Ahli politik veteran itu memegang beberapa jawatan menteri sepanjang karier politiknya selama lebih empat dekad.

Beliau adalah timbalan ketua menteri Sabah antara 1986 dan 1990 dan sekali lagi dari 1994 hingga 1999.

Jawatan terakhirnya ialah menteri di Jabatan Perdana Menteri (perpaduan dan integrasi nasional) antara 2013 hingga 2018. Beliau tidak mempertahankan kerusi Pensiangan pada PRU 2018, sebaliknya memilih untuk memberi laluan kepada Arthur, 40.

Arthur ialah timbalan menteri pertanian dan keterjaminan makanan bawah pentadbiran Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Exit mobile version