Home Bahasa Malaysia Warga Israel: 10 ditahan semula bawah Sosma

Warga Israel: 10 ditahan semula bawah Sosma

Kuala Lumpur, Apr.
Polis menahan semula 10 individu, termasuk tiga warga asing disyaki mempunyai kaitan dengan lelaki Israel, Shalom Avitan untuk disiasat mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma).

Ketua Polis Kuala Lumpur, Rusdi Mohd Isa berkata, 10 individu itu direman sebelum ini untuk disiasat mengikut Akta Senjata Api, manakala tiga warga asing terbabit disambung reman bawah Seksyen 130v (1) Kanun Keseksaan kerana menganggotai kumpulan jenayah terancang.

“Reman tiga individu itu di bawah Akta Senjata Api tamat semalam. Kita menahan mereka untuk 28 hari lagi mengikut Sosma bagi siasatan lanjut dijalankan,” katanya menurut Sinar Harian selepas menyaksikan serah terima tugas Ketua Polis Cheras baharu antara Zam Halim Jamaluddin dan Ravinder Singh Sarban Singh di IPD Cheras.

Beliau berkata, tangkapan keseluruhan kes itu ialah 18 orang, dengan 13 daripadanya masih dalam tahanan polis dan selebihnya dibebaskan dengan jaminan.

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Exit mobile version