Home Bahasa Malaysia DBKL sita barang jualan, usir 15 penjaja haram warga asing

DBKL sita barang jualan, usir 15 penjaja haram warga asing

Kuala Lumpur, Apr.
Seramai 15 penjaja haram warga asing diusir manakala barang jualan mereka disita dalam operasi Tindakan Khas di beberapa premis berhampiran Pasar Borong Kuala Lumpur di sini, semalam.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berkata, operasi dijalankan Jabatan Penguatkuasaan itu dilaksanakan di sekitar Jalan 1/3a, Jalan 6/3a dan Jalan Batu Hampar, Pusat Bandar Utara Selayang di sini.

“Pemantauan dan tindakan penguatkuasaan sekitar luar kompleks Pasar Borong Kuala Lumpur dilakukan membabitkan pemeriksaan terhadap premis perniagaan borong sayuran, buah-buahan, barangan am.

“Operasi juga dijalankan bagi memantau aktiviti penjajaan warga asing terutama dalam kalangan etnik Rohingya dari Myanmar,” katanya melalui hantaran di Facebook.

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Exit mobile version