Home Bahasa Malaysia MIPP diterima sertai PN

MIPP diterima sertai PN

Kuala Lumpur, Apr.
Parti Rakyat India Malaysia (MIPP) diterima menyertai Perikatan Nasional (PN) sebagai anggota penuh gabungan itu, menurut presiden parti itu.

Penyertaan MIPP diumumkan oleh P. Punithan dalam kenyataan malam tadi.“Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Muhyiddin Yassin, Pengerusi Perikatan Nasional dan seluruh kepimpinan PN di atas pengiktirafan dan sokongan sebulat suara oleh parti-parti anggota PN iaitu Bersatu, PAS, Gerakan, dan SAPP untuk menerima MIPP sebagai anggota penuh PN,” katanya.

MIPP memohon untuk menyertai PN pada 2023.Punithan berkata penerimaan MIPP membuktikan PN memberikan keutamaan kepada masyarakat India.

“Suara dan agenda pembangunan holistik masyarakat India akan diterajui, dipimpin dan diberikan keutamaan oleh MIPP untuk memastikan kaum India tidak ketinggalan dalam arus pembangunan negara,” katanya menurut FMT.

Punithan berkata MIPP komited merangka agenda dan naratif pembangunan ekonomi yang holistik untuk masyarakat India.

“Saya menyeru masyarakat India untuk memberikan sokongan kepada PN untuk masa depan yang lebih cerah,” katanya.

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Exit mobile version