Balik Pulau, Apr.
Wanita yang menyimbah air panas pada lelaki sindrom Down ketika berada di dalam lif sebuah pangsapuri di Jalan Rajawali di sini pada Jumaat lalu dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan denda RM6,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa.
Mengikut kertas pertuduhan, kejadian itu berlaku pada 19 April lalu di dalam sebuah lif pangsapuri I-Park kira-kira jam 9.24 pagi.