Home Bahasa Malaysia ‘Geng Bob’ tumpas, 5 ditahan

‘Geng Bob’ tumpas, 5 ditahan

Kuala Lumpur, Apr.
Geng Bob yang dipercayai terbabit aktiviti pengedaran dadah tumpas susulan penahanan lima lelaki tempatan di sebuah kawasan perumahan di Hulu Bernam, Hulu Selangor.

Ketua Polis Hulu Selangor, Ahmad Faizal Tahrim berkata, semua suspek berusia 21 hingga 59 tahun yang mempunyai pertalian keluarga dan aktif mengedar dadah antara enam hingga lapan bulan lalu itu ditahan pada 10.50 malam Ahad lalu.

Polis turut merampas tiga ketulan ganja seberat 2.5kg bernilai RM7,762.40 serta menyita tiga motosikal Yamaha 125z bernilai RM21,000.

Menurutnya, dua ketulan ganja seberat 1.7kg yang dibalut plastik lut sinar dijumpai atas siling bumbung rumah, manakala satu lagi seberat 0.77kg atas almari pakaian di sebuah bilik.“Tiga suspek mempunyai hubungan kekeluargaan, manakala dua lagi merupakan rakan mereka,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Beliau berkata, semua suspek bekerja sebagai tukang gunting rambut, pemandu dan kelindan lori serta penganggur, dengan tiga daripadanya mempunyai lapan rekod jenayah lampau berkaitan kes dadah.

Katanya, semua suspek direman tujuh hari hingga 5 Mei ini untuk siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya yang jika sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati atau penjara seumur hidup dan tidak kurang 15 sebatan.

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Exit mobile version