Home Bahasa Malaysia Keputusan SPM Pada 27 Mei

Keputusan SPM Pada 27 Mei

Putrajaya, Mei.
Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 akan diumumkan pada 27 Mei.

Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kenyataan memaklumkan, calon boleh mendapatkan keputusan peperiksaan dari sekolah masing-masing bermula 10 pagi.Slip keputusan akan dihantar melalui pos bagi calon persendirian atau calon boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri tempat calon mendaftar menduduki peperiksaan.

Calon sekolah dan calon persendirian juga boleh membuat semakan keputusan secara dalam talian untuk mendapatkan slip keputusan peperiksaan mulai 10 pagi pada 27 Mei hingga 6 petang 2 Jun 2024.Semakan juga boleh dibuat melalui sistem pesanan ringkas (SMS) dengan menghantar “SPM Nombor Kad Pengenalan Angka Giliran” ke 15888. Sistem itu akan diaktifkan mulai 10 pagi pada 27 Mei hingga 6 petang 2 Jun 2024.

“Pihak sekolah hendaklah memastikan pengurusan penyerahan keputusan peperiksaan SPM 2023 kepada calon dilaksanakan secara cekap dan teratur,” menurut kenyataan itu.

Sebanyak 395,870 calon berdaftar menduduki peperiksaan SPM 2023 di 3,340 pusat peperiksaan seluruh negara.

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Exit mobile version