Home Bahasa Malaysia Dua wanita diselamatkan sebelum kereta terbakar

Dua wanita diselamatkan sebelum kereta terbakar

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai insiden kebakaran membabitkan dua buah kenderaan pada 11.56 malam.

“Setibanya di lokasi, didapati kedua-dua kenderaan terbakar selepas terbabit dengan perlanggaran.

“Dua mangsa wanita itu terselamat namun mengalami kecederaan di kepala dan tangan. Mereka telah dihantar ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) untuk mendapatkan rawatan,” menurut kenyataan itu.

Api dapat dikawal serta dipadam pada 12.51 tengah malam dengan kedua-dua kereta 100 peratus musnah terbakar.

Previous articleSifar keciciran bagi murid masuk ke sekolah menengah
Next articleLTTE: Peniaga gagal peroleh jaminan

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Exit mobile version