Home Bahasa Malaysia Sifar keciciran bagi murid masuk ke sekolah menengah

Sifar keciciran bagi murid masuk ke sekolah menengah

Timbalan Menterinya, Teo Nie Ching berkata sasaran itu boleh dicapai kerana terdapat peningkatan peratusan dalam transisi kemasukan murid dari sekolah rendah ke sekolah menengah pada tahun lepas.

Beliau berkata pada 2019, peratusan bagi transisi kemasukan murid dari sekolah rendah ke sekolah menengah ialah 98.42 peratus berbanding 96.81 peratus pada 2018.

“Jadi pada tahun ini, kita memberi fokus terhadap perkara ini (sifar keciciran). Kalau boleh semua murid selepas tahun enam menyambung pelajaran ke sekolah menengah. Kita akan bersungguh-sungguh mencapai matlamat tersebut,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Ziarah Cakna Peringkat Kebangsaan Tahun 2020 di sini hari ini.

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Exit mobile version