Keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun ini mencatatkan peningkatan calon yang mendapat Pencapaian Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 4.00 iaitu 802 calon berbanding 666 calon pada 2018.
Lebih menggembirakan, daripada jumlah itu, 587 calon atau 73.19 peratus daripada golongan B40.
Seramai 44,823 calon telah menduduki peperiksaan STPM 2019 di 652 pusat peperiksaan di seluruh negara.