Home Bahasa Malaysia Rumah terbakar, tiga keluarga tidak sempat beraya

Rumah terbakar, tiga keluarga tidak sempat beraya

Tiga buah rumah separuh kekal musnah dalam satu kebakaran di Kampung Banggol, Jalan Pantai Cahaya Bulan di sini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Bharu, Zukeri Shafie berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.14 petang.

“Seramai 22 anggota dari Balai Kota Darul Naim, Tunjong dan Kota Bharu bergegas ke tempat kejadian bagi membantu operasi memadam api.

“Api sedang marak ketika kami tiba, namun api berjaya dipadam selepas dapat mengawalnya daripada merebak ke kawasan sekitar,” katanya.  ketika dihubungi.

Menurutnya, kediaman tersebut 90 peratus musnah dan punca kejadian masih dalam siasatan forensik bomba.

“Kediaman dihuni tiga keluarga dan mereka tinggal sehelai sepinggang kerana tidak sempat menyelamatkan barangan dan harta benda disebabkan api merebak dengan cepat,” katanya.

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Exit mobile version