Home Bahasa Malaysia Pemandu Pengaruh Alcohol – Penghantar makanan ‘FOOD PANDA’ maut

Pemandu Pengaruh Alcohol – Penghantar makanan ‘FOOD PANDA’ maut

Seorang penghantar makanan ‘FOOD PANDA’ maut setelah dirempuh kuat oleh sebuah kenderaan yang dipandu laju di Lebuhraya Mahameru berhampiran Wisma Tani menghala ke Jalan Pahang awal pagi tadi.

Kejadian berlaku kira kira jam 1 pagi, ketika mangsa dalam perjalanan pulang dari Lembah Pantai ke Bukit Antarabangsa selepas menghantar makanan atas talian.

Rempuhan kuat itu menyebabkan mangsa tercampak di laluan kiri jalan.

Manakala motosikalnya diseret kenderaan Nissan Grand Livina sejauh 1 perpuluhan kilometer berhampiran stesen LRT Titiwangsa.

Mangsa yang parah dikepala dan badan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Manakala pemandu Grand Livina berusia awal 20 an itu berjaya ditahan oleh orang awam sebelum diserahkan kepada polis dilokasi kejadian.

Saspek yang tinggal di kondo PV 13, Setapak. dibawa ke Balai Trafik di Jalan Tun H. D Lee bagi menjalani ujian pernafasan tahap alkohol dan dokumentasi. dalam ujian EBA, keputusan saringan mendapati kandungan positif alcohol dalam pernafasan.

Isteri mangsa, Zalawati Dahlan, 47 tahun hadir dilokasi kejadian sebaik dimaklumkan berita duka itu.

Mangsa Muhammed Zaili Mohamed 44 , bapa kepada seorang anak . bekerja rider Food Panda secara sambilan.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat.

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Exit mobile version