Home Bahasa Malaysia Jengkaut terbakar di Betong-pemandu sempat selamatkan diri

Jengkaut terbakar di Betong-pemandu sempat selamatkan diri

Sebuah jengkaut tiba-tiba terbakar ketika sedang digunakan mengorek tanah oleh pemandunya di kawasan Simpang Pematoh dekat sini semalam.

Kejadian berkenaan dikatakan berlaku kira-kira jam 2 petang dan pihak Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Betong menerima panggilan kecemasan memaklumkan kejadian itu jam 2.14 petang.

Enam anggota Pasukan BBP Betong dengan diketuai oleh PBK II, Tony Bin Morni (Penyelia) tiba di lokasi kejadian jam 2.25 petang dan terus melakukan operasi pemadaman.

Berdasarkan kenyataan rasmi BBP Betong, semasa operasi anggota terlibat melakukan ‘size up’ dengan kelengkapan perlindungan diri (PPE) dan bertindak membuat pemadaman menggunakan 1 aliran saluran bantu mula dan 1 aliran hos hantaran 200 kaki, 1 Nozzle air daripada tangki jentera bomba sehingga api dapat di kawal dan padam sepenuhnya.

Kebakaran dilaporkan telah melibatkan kira – kira 75 petatus jentera berat berkenaan. Operasi ditamatkan jam 2.50 petang.

Pemandu jengkaut Subang Anak Bali,42 tahun bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan dalam insiden berkenaan kerana sempat keluar dari jentera sebelum api menjadi semakin marak.

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Exit mobile version