Home Bahasa Malaysia Pesakit Tumor Otak sediakan bahan memasak sambil kepalanya dibedah

Pesakit Tumor Otak sediakan bahan memasak sambil kepalanya dibedah

Seorang wanita berusia 60 tahun mendapat perhatian ramai selepas fotonya menyediakan bahan masakan tular di media sosial.

Foto wanita tersebut menunjukkan dia sedang menyediakan masakan ketika dibedah dimuat naik di akaun Twitter.

Sepasukan doktor melakukan pembedahan membuang ketumbuhan di kepalanya dan wanita itu pula khusyuk menyediakan juadah berupa buah zaitun.

Bahagian yang dibedah itu ialah lobus temporal yang mengawal pertuturan dan pergerakan kompleks di bahagian kanan badan.

Doktor menggunakan kaedah itu untuk mengawasi tingkah lakunya semasa sesi pembedahan itu bagi membantu mereka memperhalusi tugasan.

Pakar bedah neuro di Hospital Riuniti, Itali memberitahu pembedahan itu yang mengambil masa sejam berjalan lancar.

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Exit mobile version