Home Bahasa Malaysia Wabak BUBONIK Dikesan Di China

Wabak BUBONIK Dikesan Di China

Belum reda pandemik COVID-19 di seluruh dunia, satu lagi wabak muncul di China dipercayai berpunca daripada makanan eksotik, marmot.

Menurut The Guardian, sebuah hospital di Bayan Nur, Inner Mongolia melaporkan satu kes baru dipercayai wabak bubonik, wabak yang dilapor pernah membunuh sekitar 200 juta mangsa di seluruh dunia ketika Zaman Pertengahan.

Sebanyak empat kes telah dicatatkan di wilayah sama pada November lalu, termasuk dua kes wabak pneumonia yang boleh membawa kematian.

Dua kes berkenaan merupakan ahli keluarga yang telah memakan haiwan marmot, spesies rodensia yang berisiko membawa wabak itu.

  Wabak bubonik dipercayai tersebar melalui pepijat yang dijangkiti bakteria Yersinia pestis manakala haiwan rodensia menjadi pembawa organisma berkenaan.

Susulan itu, seramai 146 individu dipercayai kontak rapat mangsa telah dikesan untuk pemeriksaan dan rawatan.

Susulan itu, kerajaan telah mengeluarkan amaran tahap ketiga, peringkat kedua terendah dari sistem empat peringkat pada Ahad (semalam).

  Selain itu, pihak berkuasa turut menggesa orang ramai agar melaporkan sebarang kes disyaki berpunca daripada wabak, termasuk demam tanpa sebab jelas. Orang ramai turut diminta melaporkan sebarang kematian haiwan marmot kepada pihak berkuasa.

Wabak bubonik pernah dikenali sebagai Black Death ketika Zaman Pertengahan, menjadi wabak paling membunuh dalam sejarah manusia berikutan penularan pantas dari manusia ke manusia.

Penyakit bawaan haiwan rodensia ini dilapor telah membunuh sehingga 200 juta manusia di Eropah.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), wabak ini boleh tersebar melalui tiga cara, iaitu gigitan kutu pada rodensia yang telah dijangkiti bakteria, jangkitan melalui cecair badan pesakit atau bahan tercemar, serta titisan udara atau aerosol dari pesakit pneumonia seperti batuk atau bersin.

Wabak ini juga dikatakan tidak asing di China, namun penularan di sana semakin jarang berlaku. Sejak 2009 hingga 2018, China melaporkan 26 kes dengan 11 kematian.

Sementara itu tambah WHO, wabak ini boleh dirawat dengan mudah melalui penggunaan antibiotik pada zaman ini.

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Exit mobile version