Home Bahasa Malaysia Istana Negara: Agong dimaklumkan jumlah ahli parlimen sokong Anwar

Istana Negara: Agong dimaklumkan jumlah ahli parlimen sokong Anwar

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin AlMustafa Billah Shah dimaklumkan jumlah ahli parlimen yang didakwa menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara berkata jumlah itu dikemukakan ketua pembangkang dalam pertemuan kurang 25 minit bersama baginda.

“Bagaimanapun, beliau (Anwar) tidak mengemukakan senarai nama ahli-ahli Dewan Rakyat untuk mengukuhkan dakwaan tersebut,” kata Dato’ Indera Ahmad Fadil Shamsuddin dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Fadil berkata Al-Sultan Abdullah juga menasihati Anwar supaya “akur dan menghormati” proses perundangan yang termaktub dalam perlembagaan.

Pada 8 Oktober lalu, Anwar memaklumkan mendapat perkenan menghadap Yang di-Pertuan Agong hari ini bagi mempersembahkan keterangan lengkap mengenai jumlah majoriti ahli parlimen yang didakwa menyokongnya seperti dinyatakan ketika sidang medianya pada 23 September lalu.

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Exit mobile version