Home Bahasa Malaysia Zidane bantah cadangan Real Madrid dilarang sertai Liga Juara-Juara

Zidane bantah cadangan Real Madrid dilarang sertai Liga Juara-Juara

Jurulatih Real Madrid Zinedine Zidane kelmarin menentang permintaan agar kelabnya dilarang daripada menyertai Liga Juara-Juara setelah penglibatan mereka dalam cadangan Liga Super Eropah yang telah gagal.

Pasukan gergasi Sepanyol itu merupakan salah satu daripada 12 kelab  Eropah utama melancarkan Liga Super yang gagal itu minggu lepas, dengan presiden kelab itu Florentino Perez menegaskan projek itu masih ada harapan untuk diteruskan meskipun sembilan pasukan telah menarik diri dalam 72 jam pengumuman dilakukan.

UEFA mengecam kelab itu dengan ‘balasan’ sebelum pelan itu musnah, namun Zidane berkata sebarang pendapat dalam larangan Liga Juara-Juara ialah salah.

“Saya sudah memberi jawapan kepada isu ini. Aneh untuk memikirkan bahawa kami tidak boleh menyertai Liga Juara-Juara. Ia tidak masuk akal, itu sahaja,” kata jurulatih kelahiran Perancis itu sebelum perlawanan pertama suku akhir skuad nya menentang Chelsea. Selebihnya perkara di luar kawalan kita, tetapi pada pendapat saya kami mahu menyaksikan Real Madrid dalam Liga Juara-Juara tahun depan.”

Presiden Real, Perez, telah dikritik ramai dalam penglibatannya untuk menubuhkan Liga Super itu.

 “Presiden tahu isi hati saya dan kami berada di sini bagi persediaan dalam permainan esok. Kini bukan masa untuk bercakap tentang perkara lain,” ulas Zidane.

Pasukan La Liga itu kini berhasrat untuk menambah rekod dalam kemenangan mahkota Eropah ke-14 pada musim ini dan menjadi hos buat pasukan Chelsea dalam perlawanan pertama.

Real hanya berjaya mengikat keputusan seri buat kali kedua dalam tiga perlawanan hambar menentang Real Betis pada Sabtu, meninggalkan mereka dua mata di belakang pendahulu La Liga Atletico Madrid dengan berbaki lima perlawanan.

Kelab ibu negara itu menjadi hos Osasuna hujung minggu ini sebelum perlawanan kedua menentang Chelsea di Stamford Bridge, kemudian bakal bersemuka dengan pesaing kejohanan Sevilla di Madrid pada 9 Mei.

“Kami rancak dalam kedua-dua pertandingan, kami tidak akan memilih satu atas yang lain,” tambah Zidane, yang telah membimbing Madrid ke La Liga dan Liga Juara-Juara pada 2017.

“Kami  mempunyai pelbagai cabaran namun kami selalu membuktikan kami mampu bangkit. Kami masih mempunyai sebulan dalam musim ini dan kami akan bersaing sehingga tamat walau apa pun yang terjadi.”

Eden Hazard kembali daripada kecederaan sebagai pemain pengganti pada minit ke-77 menentang Betis.

“Beliau tidak merasai apa-apa. Kami gembira untuk menyambut  Eden bersama kami. Beliau akan banyak menyumbang kepada pasukan ini,” kata Zidane, yang juga akan disertai pemain tengah Toni Kroos selepas kecederaan otot baru-baru ini.

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Exit mobile version