Home Bahasa Malaysia KELETIHAN MENJADI PUNCA SUNTIK ‘PICAGARI KOSONG’- TIMBALAN MENTERI

KELETIHAN MENJADI PUNCA SUNTIK ‘PICAGARI KOSONG’- TIMBALAN MENTERI

Petaling Jaya, Jul 21-

Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Noor Azmi Ghazali tidak menolak kemungkinan keletihan dalam kalangan petugas punca berlakunya kes picagari kosong ketika pemberian suntikan vaksin Covid-19 kepada penerima.

Sehubungan itu, beliau meminta agar petugas kesihatan yang mengalami keletihan memaklumkan keadaan mereka itu agar dapat berehat sebelum meneruskan tugas.

Katanya, pada pandangan beliau, jika petugas kesihatan mengalami keletihan, mereka perlu memberitahu, kongsi masalah dan jangan berdiam diri sahaja kerana mereka perlu direhatkan.

“Kalau letih namun diteruskan juga, maka kerja akan jadi tidak produktif, tidak terbaik,” katanya menurut laporan Utusan Malaysia.

Azmi berkata, ketika ini, petugas kesihatan berada dalam keletihan setelah lebih setahun bertugas disebabkan wabak Covid-19 dan sudah tentu mereka perlukan rehat.

Beliau berkata, pemberian vaksin ini satu perkara yang sangat serius kerana ia melibatkan kesihatan dan nyawa orang.

Mengulas isu berkaitan penggunaan picagari kosong yang ditularkan, beliau berkata terdapat tiga kes dan ia masih dalam siasatan polis manakala bagi kes di Sungai Petani, petugas kesihatan yang terlibat telah diberikan teguran dan tindakan.

“Kalau kesilapan itu berlaku disebabkan letih, petugas kesihatan patut rehat, namun, kalau disengajakan, ia perkara yang sangat jahat dan tindakan sepatutnya perlu diambil jika terbukti,” katanya.

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Exit mobile version