Petaling Jaya, Jul 21-
Sebanyak 11,985 kes jangkitan baru Covid-19 dilaporkan setakat tengah hari ini, menjadikan jumlah terkumpul 951,884 kes, maklum KKM.
Lembah Klang masih mencatat kes harian tertinggi dengan Selangor (5,550 kes) dan Kuala Lumpur (1,174 kes)
Sementara itu, Pahang merekodkan lonjakan kes daripada semalam 288 kes kepada hari ini dengan 603 kes.
Begitu juga di Kedah daripada 701 kes semalam meningkat hari ini menjadi 800 kes.