Home Bahasa Malaysia PENCAPAIAN MURID SJKT LADANG BATAK RABIT DALAM KEJOHANAN CATUR PERINGKAT DAERAH DAN...

PENCAPAIAN MURID SJKT LADANG BATAK RABIT DALAM KEJOHANAN CATUR PERINGKAT DAERAH DAN NEGERI.  

Teluk Intan, Jul 26-

Baru-baru ini,  murid Sekolah Jenis Kebangsaan(Tamil) ladang Batak Rabit yang terletak di Perak menyertai pelbagai pertandingan di peringkat daerah, negeri, kebangsaan mahupun antarabangsa .

Walaupun ia sebuah sekolah ladang serta kebanyakan pelajar berasal dari ladang dan kawasan luar bandar tetapi pencapaian murid di persada negeri amat membanggakan.

Sekolah ladang Batak telah berulang kali membuktikan bahawa mereka tiada kekurangan jika dibandingkan dengan kalangan murid di bandar dengan pelbagai kemudahan teknikal.

Hasil positif itu selaras dengan usaha Majlis Sukan Negeri Perak yang baru-baru menganjurkan pertandingan catur peringkat negeri tahun 2021 demi menyediakan platform bagi murid memperoleh pendedahan .  

Pertandingan catur peringkat daerah  tahun 2021 baru-baru ini diadakan secara online. Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah di negeri Perak yang merangkumi 11 daerah telah menyertai pertandingan berkenaan.

Dalam kategori 12 tahun ke bawah perempuan peringkat daerah Oviyamathi Thamilselvan memenangi tempat pertama,  Keerthika Anbarasan memenangi tempat ketiga manakala Darshini Kumaran memenangi hadiah kelima telah menambahkan kebanggaan kepada sekolah, guru, ibu bapa dan seluruh daerah.

Dalam kategori 12 tahun ke bawah lelaki peringkat daerah Gokulan Selvaras memenangi tempat kelapan dan Vijay Varma Anbarasan memenangi hadiah kesembilan.

Dengan jelas diperlihatkan ramai murid sekolah Tamil di Negeri Perak telah mengharumkan nama sekolah memenangi pelbagai kejayaan dicapai murid sama ada dari akademik atau kokurikulum di peringkat antarabangsa, sekali gus ia menaikkan nama negara. Keseimbangan antara akademik dengan kokurikulum yang ditekankan turut menjadi faktor penyumbang utama kepada pencapaian membanggakan itu.

“Pencapaian mereka ini adalah membanggakan dan ia menunjukkan murid di negara ini setanding dengan murid di negara lain.

Juga dalam kejohanan catur peringkat negeri yang dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Perak, dalam kategori perempuan Oviyamathi Tamil Selvan dari SJKT Ladang Batak Rabit memenangi hadiah kedua dan Keerthika Anbarasan memenangi hadiah kesembilan.

Tidak dinafikan pencapaian yang dikecapi oleh SJKT Ladang Batak Rabit selama bertahun-tahun menjadikan mata semua sekolah di Daerah Perak Selatan.

Pengetua sekolah Arumugam Velu dan guru-guru lain mengucapkan tahniah dan penghargaan kepada guru Selva Lakshmanan dan semua pelajar yang berperanan dalam menjayakan kejohanan catur ini dengan melatih semua murid dengan cemerlang.

“Kami bertuah kerana Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) juga memberi sokongan kuat kepada usaha kami menguruskan pembabitan murid dalam sukan dan kokurikulum sehingga ke peringkat negeri, kebangsaan serta global” kata Guru besar.

Persatuan Ibu Bapa dan guru sekolah berharap para murid Sekolah Batak Rabit dapat mengumpulkan lebih banyak kejayaan dan melakar sejarah dengan banyak pencapaian.

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Exit mobile version