Home Bahasa Malaysia COVID-19: 22,642 JANGKITAN BARU, SEMBILAN NEGERI KES LEBIH 1,000

COVID-19: 22,642 JANGKITAN BARU, SEMBILAN NEGERI KES LEBIH 1,000

Jumlah jangkitan baru kes Covid-19 yang dilaporkan setakat jam 12 tengah hari tadi adalah 22,642 kes. Ini menjadikan kes kumulatif terkumpul sebanyak 1,616,244 kes.

Empat negeri mencatatkan kes rekod baru – Kedah, Johor, Perak, dan Kelantan.

Sabah pula menyaksikan lebih 3,000 kes untuk hari kedua berturut-turut.

Sementara itu, jumlah jangkitan baru di Selangor juga meningkat setelah turun di bawah paras 6,000 selama tiga hari.

Secara keseluruhan, sembilan negeri dan wilayah melaporkan kes empat angka, hari ini.

Berikut pecahan mengikut negeri-negeri, Selangor (6325),Sabah (3224) Kedah (2279), Johor (1832), Sarawak (1667), Pulau Pinang (1427), Kelantan (1424), Perak (1390), Kuala Lumpur (1128), Terengganu (744), Pahang (522),Melaka (342),Negeri Sembilan (269),Perlis (44),Putrajaya (21), Labuan (4)

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Exit mobile version