Home Bahasa Malaysia MAYAT SEORANG LELAKI TIKAM DITEMUI DI TEPI JALAN.

MAYAT SEORANG LELAKI TIKAM DITEMUI DI TEPI JALAN.

Sungai Petani, 25 Ogos-

Mayat seorang lelaki India berusia 38 tahun ditemui mati di tepi jalan di kawasan Bukit Selampau Kongsi-14  dengan kesan luka berdarah serta tikam di bahagian dada.

Yogeswaran Mariappan ditemui mati dengan kesan darah ketika polis menerima maklumat sekitar jam 10.30 malam sehari sebelum semalam dan bergegas ke sana.

Timbalan Pesuruhjaya Daerah Kuala Muda Astli Abu Shah berkata, kejadian itu mungkin berlaku ketika dia dalam perjalanan ke sebuah rumah berhampiran dengan 5km dengan menaiki motosikalnya dari ladang ternakannya.

Polis juga menemui peluru berhampiran mayat simati akibat kecederaan parah di dadanya. Astli Abu Shah ujar bahawa mungkin simati ditembak sebelum ditikam mati oleh suspek.

Dia berkata polis sedang menyiasat punca pembunuhan di bawah Seksyen 302 dan sudah mempunyai rekod jenayah terhadapnya.

Mayatnya dibawa ke Hospital Besar Sungai Petani Sultan Abdul Halim untuk dibedah siasat.

.

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Exit mobile version