Home மலேசியா Polis terima 5 laporan tonto ganggu tugas penguatkuasaan JPJ

Polis terima 5 laporan tonto ganggu tugas penguatkuasaan JPJ

Kuala Lumpur: Polis menerima lima laporan polis berkaitan aktiviti tonto yang menjadi pemberi maklumat bagi menggagalkan tugas penguatkuasaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi tempoh Januari lalu hingga bulan ini. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, dua kertas siasatan berjaya dituduh mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas.

Tonto berkenaan akan mengekori dan mengawasi kenderaan JPJ untuk memaklumkan lokasi semasa anggota penguatkuasaan itu. Tindakan itu sekali gus memberi cabaran kepada penguat kuasa JPJ untuk menjalankan tugas.

Ia bukan sekadar menimbulkan kesukaran, malah memberi persepsi negatif kepada JPJ untuk mengambil tindakan terhadap kenderaan yang melanggar undang-undang jalan raya, katanya dalam kenyataan, hari ini. Abd Jalil mengingatkan orang ramai supaya tidak terbabit dalam sebarang aktiviti sindiket tonto dengan melindungi atau memberi maklumat kepada kenderaan yang melakukan kesalahan.

“Kesalahan yang dilakukan boleh diambil tindakan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas. Polis sentiasa komited dalam membantu JPJ dan penguat kuasa yang lain sekiranya wujud ancaman semasa melaksanakan tugas penguatkuasaan,katanya.

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Exit mobile version