Home Bahasa Malaysia Dua beradik maut kemalangan

Dua beradik maut kemalangan

Bagan Datuk, Okt 5.
Dua beradik maut selepas motosikal mereka dirempuh kereta di KM45 Jalan Hutan Melintang – Bagan Datuk, di depan Sekolah Kebangsaan (SK) Bagan Datoh, hari ini.

Dalam kejadian jam 7 pagi, mangsa Muhammad Lutfil Faiq Abdullah, 15, dan adiknya, Nur Lidiya Faiqah Abdullah, 13, difahamkan dalam perjalanan ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Muar yang terletak kira-kira 300 meter dari tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri, berkata berdasarkan siasatan awal, kemalangan itu membabitkan motosikal yang ditunggang oleh pelajar lelaki berusia 15, dibonceng adiknya itu bergerak dari arah pekan Bagan Datuk menghala ke arah Hutan Melintang.

Setiba di tempat kejadian, motosikal mangsa disyaki memotong dengan memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan kereta dipandu seorang wanita berusia 28 tahun.Nahas terbabit mengakibatkan dua beradik itu meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah, manakala pemandu wanita cedera ringan.

Mayat adik-beradik berkenaan dibawa ke Hospital Teluk Intan untuk dibedah siasat.

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Exit mobile version