Home Bahasa Malaysia Anwar sambut hari jadi Musa Hitam

Anwar sambut hari jadi Musa Hitam

Johor Bahru, Apr.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meraikan negarawan, Tun Musa Hitam, yang menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-90, hari ini.

Musa yang dilahirkan pada 18 April 1934 ialah Timbalan Perdana Menteri kelima negara dari 1981 hingga 1986 di bawah Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Terdahulu Anwar yang juga Menteri Kewangan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS) pada jam 12.10 tengah hari, sebelum mempengerusikan Mesyuarat Khas Pembangunan Negeri Johor di Iskandar Puteri, di sini.

Anwar hadir ke jamuan makan tengah hari, yang turut meraikan ulang tahun, Musa yang dihadiri Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan kepemimpinan negeri.

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Exit mobile version