Home Bahasa Malaysia Gadis bermotosikal jatuh berguling di jalan selepas diragut

Gadis bermotosikal jatuh berguling di jalan selepas diragut

Klang, Apr.
Polis Klang Selatan mengesahkan kejadian ragut sehingga menyebabkan seorang mangsa perempuan jatuh di jalan raya di Persiaran Raja Muda Musa berhadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Zarina, Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata pihaknya menerima laporan daripada mangsa, seorang warga tempatan berusia 20 tahun pada jam 4.34 petang hari sama.

“Siasatan mendapati, kejadian jam 8.50 pagi ketika mangsa yang menunggang motosikal dalam perjalanan ke tempat kerja.

“Semasa melalui lokasi kejadian, tiba-tiba suspek yang menaiki sebuah motosikal datang dari arah belakang mendekati mangsa dan menarik beg yang disilang di badan mangsa.

Akibat situasi itu, mangsa hilang Kawalan lalu terjatuh dari motosikal ke jalan serta cedera,” katanya dalam kenyataan.

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Exit mobile version