Home Bahasa Malaysia Samun, cekik pemandu teksi ...

Samun, cekik pemandu teksi – 4 individu termasuk wanita ditahan

Jasin, Apr.
Sewa perkhidmatan teksi dari Tampin, Negeri Sembilan ke Jasin sebelum menyamun pemandunya di sebuah ladang kelapa sawit.Itu taktik empat sekawan termasuk seorang wanita yang merompak dan memukul termasuk mencekik seorang pemandu teksi warga emas sehingga pengsan, sebelum melarikan barangan berharga milik mangsa, kira-kira jam 2 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Ahmad Jamil Radzi, berkata berdasarkan laporan mangsa dan siasatan polis, kejadian berlaku selepas keempat-empat suspek menyewa teksi mangsa lelaki berusia 72 tahun di stesen Bas Tampin untuk ke daerah ini.

Katanya, sebaik sampai di Jalan Parit Raja menghala ke Rim, kira-kira 100 meter dari jalan utama, seorang daripada suspek lelaki menyuruh memberhentikan kereta di dalam kebun kelapa sawit dan terus mencekik leher pengadu serta memukulnya sehingga tidak sedarkan diri. Sebaik tersedar, pengadu mendapati dirinya berada di semak kelapa sawit dalam keadaan berdarah dan cedera pada muka, lebam mata sebelah kiri dan bengkak bibir serta paha kiri.

Pengadu juga mendapati dompetnya yang mengandungi kad pengenalan, lesen memandu, kad bank dan wang tunai RM300 dilarikan.

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Exit mobile version