Home Bahasa Malaysia Setiausaha kerajaan Melaka meninggal dunia

Setiausaha kerajaan Melaka meninggal dunia

Kuala Lumpur, Apr.
Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Zaidi Johari meninggal dunia di Hospital Melaka pagi tadi susulan terkena serangan jantung di kediaman rasminya.

Pejabat Ketua Menteri Melaka dalam kenyataan berkata, Zaidi, 54, rebah di kediaman rasminya sebelum dibawa ke hospital itu dengan ambulans, lapor Bernama.

Walaupun diberi bantuan pernafasan oleh pasukan paramedik, beliau disahkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital pada kira-kira 8.15 pagi, menurut kenyataan itu.

Zaidi meninggalkan isteri, Siti Rohaya Kamalludin, dan empat anak.

Zaidi mula berkhidmat dengan kerajaan negeri Melaka pada 2017 sebagai pengarah tanah dan galian negeri. Beliau kemudian menjadi pegawai kewangan negeri di Jabatan Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Melaka pada 2020.

Beliau dilantik sebagai setiausaha kerajaan negeri Melaka ke-29 pada 5 Jan 2022.

Sementara itu, mewakili pentadbiran kerajaan negeri mengucapkan takziah kepada keluarga Zaidi, Ketua Menteri Melaka Ab Rauf Yusoh berkata, beliau cukup terkesan dan amat berdukacita atas pemergian Zaidi.

“Pemergiannya dalam waktu yang singkat merupakan suatu kehilangan besar kepada seluruh warga perkhidmatan awam khususnya di Melaka kerana jasa dan sumbangannya cukup besar kepada kerajaan negeri sepanjang perkhidmatan,” katanya.

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Exit mobile version