Dr Mahathir yakin dapat sokongan majoriti, sedia jadi calon PM

KUALA LUMPUR –

Perdana Menteri Interim Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau telah berjumpa dengan para pemimpin Pakatan Harapan (PH) pagi ini, dan percaya beliau telah memperoleh sokongan yang diperlukan di Dewan Raykat untuk membentuk satu kerajaan baharu.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini pagi ini, Dr Mahathir berkata beliau sedia untuk dilantik sebagai calon bagi jawatan Perdana Menteri ke lapan.

Satu kenyataan dari Majlis Presiden PH yang menyusul kemudiannya mengatakan bahawa Majlis Presiden memberikan sokongan penuh kepada Dr Mahathir sebagai calon untuk jawatan Perdana Menteri.

Dr Mahathir berkata keputusan itu akan disampaikan kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Majlis Presiden  PH dalam menyatakan sokongan penuh kepada Dr Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri berkata PH berpendirian bertegas menentang sebarang usaha ‘kerajaan pintu belakang’ terutama melibatkan kleptokrat dan pengkhianat perjuangan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here