Ular sawa 100kg di Kampung Lawar

Seorang penoreh getah yang dalam perjalanan ke kebunnya terkejut melihat seekor ular sawa seberat 100 kilogram (kg) berhampiran anak sungai di Kampung Lawar, di sini pagi semalam.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Jeli, Leftenan (PA) Ahmad Suhaizi  berkata, ular itu ditemui kira-kira jam 9.30 pagi sebelum penoreh berkenaan menghubungi APM.

“Empat anggota bergegas ke lokasi sejurus menerima panggilan,” katanya.

Katanya, tugas menangkap reptilia itu turut dibantu penduduk kampung dan anggota Jabatan Sukarelawan Rakyat (Rela).

“Haiwan ini akan diserahkan kepada Jabatan Perhilitan dalam masa terdekat,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Suhaizi menasihatkan orang ramai khususnya penoreh getah supaya sentiasa waspada dengan keadaan di sekeliling bagi memastikan keselamatan mereka sentiasa berada pada tahap terbaik.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here