Tujuh dikompaun joging di Bukit Pelindung

Seramai tujuh individu dikenakan kompaun RM1,000 kerana melakukan aktiviti joging di Hutan Lipur Bukit Pelindung di sini.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali berkata, kesemua individu terlibat dikompaun di bawah Perintah 3 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020.

Menurutnya, perintah tersebut memperuntukkan hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda sehingga RM1,000 atau kedua-duanya sekali.

“Orang ramai dinasihati mematuhi peraturan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan tidak melakukan aktiviti joging mahupun merentas hutan di Bukit Pelindung atau di mana-mana pusat rekreasi yang tidak dibenarkan sepanjang PKPB,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here